14 March 2018

Amalan Pemakanan Masa Mengandung

Okay untuk first blog ni aku saja nak kongsi apa yang aku amalkan sepanjang mengandung ni. Sekarang kandungan aku dah 25 minggu, dalam 6 bulan lebih. Masa mula-mula pregnant dulu memang lemau, loya, moody je. Masuk je second trimester baru bertenaga nak bedal semua benda yang berkhasiat untuk baby. Hehe!

1.

Masa mula-mula dapat tau mengandung, aku terus consume benda ni. Tapi ternyata silap! Masa first trimester aku kan kuat pening dan mual, jadi bila telan benda ni.. bertambah tambah rasa nak muntah. Mix la dengan juice ke, susu chocolate ke, rasa dia bagi aku memang tak boleh nak telan. Setiap kali nak minum aku rasa nak muntah. Akhirnya berkubur saja ESP ni dekat dapur rumah. Hahaha!


2.

Dalam first trimester tu, aku tak tau lah kenapa pinggang aku rasa sakit macam nak putus. Kalau dah baring tu.. nak bangun balik, pergh! Sampai aku terfikir, aku baru first trimester a dah sakit pinggang teruk macam ni? Kalau orang dah second or third trimester tu faham lah jugak kan. So aku tanya-tanya orang, diaorang suggest makan ostematrix ni. patutnya kena makan 3-4 biji sebelum tidur tapi untuk first trimester ni aku cuma amik 2 biji je. Amazingly.. sakit pinggang terus hilang! Cramp apa semua tu lagi lah tak ada. Masuk second trimester, aku up kan sebiji jadi 3 biji sehari. Yela aku pun jarang minum susu, bukan tak suka cuma tuntutan masa tu membuatkan aku takut tak konsisten dengan susu. So consume pil kalsium lebih mudah, cepat dan teratur lah bagi aku. Ostematrix ni aku consume lepas makan malam.


3.

Macam banyak je produk-produk shaklee kan? hahaha. aku bukan agent tau. cuma aku baca dari review memang ramai amik shaklee ni sebagai supplement time mengandung. So why not kita cuba. Vita C ni aku consume sebab aku tak ada masa sangat nak makan buah. Dulu masa mula-mula pregnant tu hari-hari aku makan oren sebab oren memang banyak khasiatnya. Tapi macam biasa, untuk aku yang berkerja ni kekadang balik rumah dah penat.. tak ada masa nak hadap oren. Hahaha. So aku telan je la Vita C ni setiap hari lepas breakfast. Selain elok untuk bagi vitamin C dekat baby, alhamdulilah sepanjang pregnant ni aku tak pernah lagi demam, selsema or batuk ke apa. Alhamdulilah.


4.

Aku memang suka baca-baca review dan blog apa yang terbaik untuk consume time pregnant. So mostly ramai yang suggest extra virgin coconut oil. Khasiatnya dikatakan dapat memaintainkan HB, memudahkan bersalin, kulit baby lebih moisture dan lain-lain. So aku pilih brand Tanamera. Setiap pagi lepas breakfast aku telan sesudu. Rasa dia kalau korang tanya aku, bukan sedap di tekak lah. Tapi fikir untuk kebaikan aku dan baby.. aku hadap je ler. Ini dah botol kedua aku consume. And minyak ni pon boleh disapukan di bahagian perut atau tempat-tempat yang ada selulit untuk kurangkan selulit tu. Cumanya aku tak pernah cuba sapu sebab belum ada selulit lagi atau mintak mintak tak akan ada! Hehehe. Yang ni aku dah start consume masa minggu ke 14 macam tu.


5.

Sama kes macam vitamin c dan susu. Nak consume buah tu memang tak ada masa. Haha! Mula-mula ada la makan buah nya lepas tu macam tak berapa berkenan sebab kena gigit biji. Padahal biji nya memang banyak khasiat. So aku minum pati je lah. Start amik masa trimester kedua juga. Sesudu besar waktu pagi masa perut kosong. Ni aku telan pati dia sahaja tak ada campur air apa-apa. Then malam, masa nak tidur aku amik sesudu dan bancuh dengan air makan dengan zincofer yang tak sedap tu. Zincofer memang aku consume hari-hari lepas dah masuk trimester kedua. And kena consume dengan air juice atau masam sebab entah la.. aku memang anti ubat ni. Huhu!

6.

Aku start consume masa second trimester. Beli dekat Mahnaz and dia made from turky. Aku amik sebelum breakfast time perut kosong sekali dengan pati gulsan tu. Sesudu je setiap hari.

7.

Kurma ni aku start masa first trimester tapi selalu sangat on off. Kejap makan, kejap tak makan. Tapi bila masuk je second trimester aku akan usaha kan diri untuk makan at least 3 biji sehari. Lagi elok amik time breakfast. Ni pun beli dekat Mahnaz. Mula-mula masa first trimester ada la minum2 susu kurma. Tapi aku rasa better consume kurma yang sebenar untuk khasiat dia.


8.

Yang ni aku tak ada lah consume hari hari. Bila teringat je. Haha. Memang letak dekat office. Makan dalam 20-25 biji. Kalau boleh memang nak makan hari-hari tapi kalau ingat lah. Hehe. Ni aku amalkan masa dah masuk second trimester.


9.

Aku amik setengah sudu setiap hari masa nak breakfast. Campur dengan air kosong je. Larutkan dalam air. Chia seed ni memang banyak khasiat dia, bagus untuk fiber, kalsium. Tapi aku minum time berkerja je. Sabtu Ahad tak sebab malas nak bawak chia seed tu kehulur kehilir. Biar je dalam laci kat office.


10.

Banyak yang aku baca dah amalkan ni masa masuk je 32 weeks onwards or senang cita masa dah masuk third trimester. Katanya awal-awal bahaya untuk janin sebab kelapa ni tajam. Tapi aku dah start minum masa second trimester. Seminggu sekali lah. Petik fresh dekat rumah mertua. Tapi seminggu sekali tu tak ada lah konsisten. Kekadang 2 minggu sekali. Bila aku teringat, aku minum.


Basically tu je kot amalan-amalan supplement yang aku consume masa mengandung. Alhamdulilah tak pernah lagi HB low ke naik ke, atau kena kencing manis. CUMA! Hahaha. Berat melampau-lampau naik je la kot. Sekali check up naik 2kg, 3kg, sampai nurse pon tanya.. "Awak makan nasi tambah eh?" then dorang follow up untuk aku buat check up 2 minggu sekali BP. Tapi Alhamdulillah tak pernah sangkut BP, HB, GDM even berat naik. Maybe atas bantuan supplement-supplement ni untuk maintainkan darah. Tapi nak maintainkan lemak-lemak tu gagal la sebab aku masuk je second trimester aku makan memang macam membela. Hahahaha! Okay, nanti aku share pulak daftar bersalin di PPUM dekat next entry!

Amalan Pemakanan Masa Mengandung

Okay untuk first blog ni aku saja nak kongsi apa yang aku amalkan sepanjang mengandung ni. Sekarang kandungan aku dah 25 minggu, dalam 6 bul...